Terma & Syarat

PENJUALAN DAN PEMBELIAN PRODUK DILAMAN SESAWANG PASSA

Terma-terma yang dinyatakan disini merujuk kepada ikatan kontrak antara laman sesawang passa, pembekal dan pelanggan yang akan mentakrifkan hak dan tanggungjawab berkaitan dengan penjualan, pembelian mana-mana produk di laman sesawang passa dan aplikasi di telefon pintar. Laman sesawang passa berhak untuk mengubah, menukar, menambah, meminda atau mengeluarkan mana-mana bahagian dari paparan terma dan syarat yang dinyatakan serta maklumat yang diberikan kepada pelanggan pada bila-bila masa sahaja. Notis makluman tidak akan dikeluarkan dan ianya akan berkuatkuasa serta merta di paparan laman sesawang passa dan aplikasi yang terlibat.

Dengan penggunaan perkhidmatan laman sesawang passa anda mengaku dan sebenarnya anda telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat. Walakin, jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan mana-mana bahagian terma dan syarat yang dinyatakan, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan perkhidmatan laman sesawang passa ini.

PELANGGAN
Pesanan dan pembelian produk di atas talian atau penggunaan kemudahan ke atas laman sesawang passa dianggap bahawa anda telah dianggap sebagai telah membaca , menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini.
Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan maklumat yang dinyatakan kepada pelanggan apabila pesanan dan pengesahan dibuat. Pembelian daripada pelanggan melalui sebarang perubahan tersebut dianggap sah dan ia bukti bagi penerimaan terhadap perubahan tersebut.

PESANAN
Pelanggan dinasihatkan untuk senantiasa mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan kaedah pesanan, pembayaran, penghantaran dan pulangan atau bayaran semula. Sebarang transaksi sebelum keatas pembelian produk, pelanggan dengan ini dinasihatkan untuk memahami dan membaca terma dan syarat.

I) Pelanggan perlu memastikan maklumat lengkap telah disi penuh bagi proses pendaftaran atas talian sebelum membuat sebarang pesanan. Pihak passa berhak untuk menerima, menolak dan membatalkan pesanan yang dibuat.

II) Pelanggan hendaklah memasukan maklumat seperti yang berikut sebelum membuat pesanan ;
•    Kuantiti produk
•    Kaedah pembayaran
•    Nama Penuh & Nombor Telefon
•    Alamat penghantaran
•    Lokasi Peta (Jika Perlu melalui Whatsapp jika pihak kami minta)

III) Pesanan yang telah berjaya dibuat oleh pelanggan akan disahkan melalui pengesahan elektronik yang mengandungi ringkasan butiran pesanan dan atau mana-mana kaedah lain yang telah diputuskan bagi pihak passa melalui ketentuan masa tanpa notis.

IV) Dingatkan pihak passa berhak serta merta menerima, membatalkan atau menolak sebarang pesanan termasuk pesanan tidak boleh diproses atas pelbagai alasan. Pengesahan dan maklumat tambahan mungkin akan diminta sebelum pesanan pelanggan diterima.

V) Selain dari yang dinyatakan diatas, pihak passa berhak menolak pesanan disebabkan oleh dan tidak terhad kepada seperti yang berikut:
•    Kehabisan produk atau stok yang dipesan
•    Kebenaran pembayaran tidak diperolehi
•    Kesilapan harga atau keterangan produk
•    Maklumat yang dibekalkan palsu ketika proses pendaftaran
•    Pesanan dan pembelian bawah umur 18 tahun
•    Pesanan yang meragukan

VI) Sebarang pesanan yang melibatkan perubahan, pembatalan dan penolakan produk hendaklah dimaklumkan kepada pihak passa dengan syarat dimana pesanan yang telah dibayar dikembalikan semula, penghantaran yang belum selesai hendaklah dikembalikan serta merta dalam tempoh 2 jam seperti yang dinyatakan disini.

VII) Harga yang dipaparkan pada laman sesawang dan aplikasi adalah harga produk dan pihak passa berhak untuk menentukan harga setiap produk tanpa ketetapan masa termasuk sebarang promosi yang dijalankan atas budi bicara mutlak. Harga yang dinyatakan adalah dalam Ringgit Malaysia. Harga yang dinyatakan adalah tertakluk pada pasaran semasa dan pihak passa berhak menentukan tanpa sebarang notis.

VIII) Dinyatakan harga produk termasuk cukai berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan. Pihak passa berhak mengenakan caj penghantaran. Pihak passa akan memastikan maklumat harga yang dipaparkan adalah jelas dan tepat. Walakin, jika terdapat kesilapan, mengikut budi bicara sama ada melalui talian untuk arahan penukaran keatas pelanggan.

PRODUK

I) Produk yang dipaparkan, dipamerkan dan dinyatakan adalah bertujuan ilustrasi sahaja.
II) Pihak passa berhak untuk menjalankan promosi mengikut budi bicara dan menawarkan hadiah atau barangan promosi mengikut ketentuan masa yang tiada hadnya.

SYARAT PEMBAYARAN

I) Sebarang perubahan keatas pembayaran, kaedah dan menetapan peraturan dari semasa ke samasa adalah atas dasar ketetapan pihak passa. Pelanggan boleh membuat bayaran melalui kaedah berikut;


BIL KAEDAH BAYARAN
1 FPX
2 ONLINE TRANSFER KEATAS BANK HSBC
PASSA SDN BHD
NO AKAUN: 042287102021

II) Sebarang penipuan, percubaan keatasnya atau kecurigaan aktiviti yang menyalahi undang-undang yang berkaitan dengan bayaran yang dibuat oleh pelanggan terhadap produk, pihak passa berhak untuk meminta bayaran dengan kaedah yang berlainan daripada pelanggan atau pihak passa berhak membatalkan, menolak atau menutup akaun pesanan dan pelanggan tersebut.

PENGHANTARAN

I) Secara mutlaknya pihak passa berhak untuk melantik mana-mana orang ketiga pada bila - bila masa dari masa ke samasa untuk menghantar produk kepada pesanan tanpa sebarang notis.
II) Tertakluk kepada terma dan syarat, pihak passa hanya menyediakan kawasan tertentu untuk penghantaran namun atas budi bicara penghantaran boleh diubah dari semasa ke samasa. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk memeriksa kawasan penghantaran bagi mengelakan kekeliruan keatas penghantaran tersebut dan cas penghantaran tertakluk kepada kawasan penghantaran yang disenaraikan. Pihak passa berhak menolak pesanan yang tiada terletak di dalam kawasan penghantaran mengikut ketetapan.
III) Waktu penghantaran adalah seperti berikut dan tertakluk kepada sebarang perubahan mengikut ketetapan pihak passa. Penghantaran selepas waktu penghantaran adalah atas budi bicara pihak passa.


KAWASAN PENGHANTARAN WAKTU PENGHANTARAN
LOKASI A
75200 Melaka (Klebang, Tengkera, Limbongan)
75260 Melaka (Cheng, Bukit Rambai, Tanjong Minyak, Krubong)
76100 Durian Tunggal
76200 Kem Trendak
76300 Sungai Udang
76400 Tanjong Kling
76450 Melaka (Paya Rumput, Bertam)
ISNIN - SABTU
11.00AM - 6.00PM
LOKASI B
75000 Melaka (Banda Hilir, Melaka Raya)
75050 Melaka (Semabok, Ujong Pasir)
75100 Melaka (Kampung Jawa)
75150 Melaka (Bukit Baru, Bukit Piatu)
75250 Melaka (Bachang, Malim)
75300 Melaka (Pusat Bandaraya)
75350 Melaka (Batu Berendam)
75400 Melaka (Peringgit, Bukit Palah)
75450 Melaka (Ayer Keroh, Bukit Beruang, Bukit Katil)
75460 Melaka (Ayer Molek, Duyong, Telok Mas)
ISNIN - SABTU
11.00AM - 6.00PM
LOKASI C
77000 Jasin
77100 Asahan
77200 Bemban
77300 Merlimau
77400 Sungai Rambai
77500 Selandar
ISNIN - SABTU
11.00AM - 6.00PM
LOKASI D
78000 Alor Gajah
78100 Lubok China
78200 Kuala Sungai Baru
78300 Masjid Tanah
ISNIN - SABTU
11.00AM - 6.00PM

PRIVASI DAN POLISI

a) Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana Passa, satu jenama http://www.passa.com, menggunakan maklumat peribadi anda yang anda telah berikan kepada Passa semasa berinteraksi dengan Passa atau dengan menggunakan perkhidmatan kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web Passa http://www.passa.my (“Laman Web”) dan aplikasi telefon bimbit (apps) kami. Berhubung dengan ini, anda akan bertanggungjawab untuk memberikan maklumat peribadi yang tepat, tidak mengelirukan, lengkap dan dikemaskini kepada Passa dan bersetuju terhadap pemprosesan maklumat-maklumat ini oleh Passa di Malaysia

b) Adalah dinasihatkan individu perlulah berusia lebih daripada 18 tahun bagi membuat pesanan secara sah dan anda bersetuju untuk menghubungi kami jika terdapat perubahan keatas maklumat yang dibekalkan dengan segera.

c) Dengan jelasnya, anda bersetuju untuk menerima dan memberikan atau mendedahkan maklumat peribadi dengan cara tidak mendedahkan identiti kepada kami bagi tujuan promosi, pembangunan strategik, penyelidikan dan khidmat pelanggan.

d) Passa berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Polisi Privasi ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Polisi Privasi yang telah dikemaskini pada Laman Web tersebut. Dengan terus berinteraksi dengan Passa atau dengan terus menggunakan perkhidmatan Passa berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Polisi Privasi ini ia hendaklah menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.

POLISI PEMULANGAN
Adalah apabila pelanggan membuat pesanan dan pembelian atas talian menggunakan kemudahan yang disediakan dengan syarat:

•    Pelanggan dibenarkan untuk melakukan penukaran, pemulangan produk dalam tempoh 2 jam selepas barang diterima dengan syarat menyatakan resit pembelian, mengambil gambar produk yang diterima dan menghantar kepada khidmat pelanggan kami.
•    Tiada pemulangan atau penukaran produk selepas tempoh yang ditetapkan melainkan tempoh defektif yang telah tamat tempoh dan juga tertakluk kepada terma jaminan produk.
•    Semua produk yang berkaitan mestilah dalam berkeadaan asal berserta invois, resit, dan tag jika berkenaan.
•    Dalam tempoh pemulangan dan pertukaran yang diambil atau dihantar semula adalah percuma.
•    Untuk mengelakan sebarang keraguan, pihak passa berhak dan atas budi bicara mutlak untuk membuat keputusan untuk produk yang boleh ditukarganti atau dikembalikan.
•    Semasa Tempoh Pemulangan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung disini, permintaan bagi penukaran barang atau pulangan barang adalah dibenarkan untuk produk yang rosak dalam tempoh seperti yang dinyatakan diatas.

PEMBATALAN/PEMULANGAN WANG
Pembatalan dan pemulangan wang yang diminta keatas produk yang berkaitan adalah tertakluk kepada syarat seperti yang berikut:

•    Pelanggan boleh membatalkan pesanan sebelum penghantaran pesanan disahkan dan permintaan bayaran balik dapat dilakukan jika bayaran dibuat selain dari COD. Pembatalan boleh dilaksanakan dengan menghubungi pihak passa.
•    Pembayaran semula dan proses bayaran adalah tertakluk kepada terma pemulangan dan bayaran semula akan diproses setelah pemeriksaan produk yang dikembalikan adalah seperti yang dinyatakan atau mengikut penilaian munasabah bagi pihak passa. Pelanggan boleh menghubungi pihak passa mengenai maklumat lanjut berkenaan dengan pembayaran semula tersebut.
•    Bagi mengelakkan sebarang keraguan dan selain yang telah dinyatakan di sini, selepas Tempoh Pemulangan, sebarang permohonan untuk penukaran atau pemulangan atau pembatalan atau bayaran semula adalah tidak akan dilaksanakan. Keputusan pihak passa adalah jelas dan muktamad.

PENAFIAN
a) Secara amnya anda adalah bertanggunjawab keatas peribadi mengenai penggunaan laman   sesawang passa dan anda dinasihatkan untuk menggunakan atas risiko anda sendiri.
b) Anda bersetuju untuk menggunakan laman sesawang passa untuk tujuan yang sah dan untuk kegunaan dalaman sahaja.
c) Sebarang penyiaran di laman sesawang passa ini adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran yang jelas.



Sertai Group Telegram kami untuk dapatkan info terkini tentang promosi yang diadakan setiap minggu dan bulan.
HUBUNGI KAMI

No. 4 Jalan Industri TMP 6, Taman Perindustrian Tanjung Minyak Perdana, 75260, melaka

06-312 5442 (Isnin-Sabtu 8.30am-4.30pm)

011-6987 3579 (Isnin-Sabtu 8.30am-4.30pm)

info2u@passa.com

www.passa.com.my

Ikuti kami di media sosial



Pengalaman selama 10 tahun dalam bidang perkhidmatan pembekalan makanan sejuk beku, sayur-sayuran segar, buah-buahan segar, hasil laut segar, barang-barang runcit kering dan pelbagai lagi bahan-bahan mentah.
Anda mempunyai 0 produk di dalam bakul. Adakah anda ingin semak keluar?
0 barang
Tukar ke versi mobile
available in